Sabtu, 30 Julai 2011

PROGRAM (6P) PENDAFTARAN PEKERJA ASING SEMENANJUNG MALAYSIA 1 OGOS 2011

PROGRAM (6P) PENDAFTARAN PEKERJA ASING
SEMENANJUNG MALAYSIA
1 OGOS 2011



APAKAH PROGRAM 6P?
Program 6P adalah singkatan bagi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin. Ia adalah satu pakej program yang menggabungkan beberapa syor yang dikemukakan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing (MPWA) sebagai pendekatan terkini oleh Kerajaan untuk memantapkan pengurusan warga asing di Malaysia.


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN 6P?
Angka enam (6) pada nama Program 6P itu membawa maksud kepada enam peringkat pelaksanaan yang akan digerakkan sepanjang tempoh program ini, bermula dengan PENDAFTARAN, PEMUTIHAN, PENGAMPUNAN, PEMANTAUAN, PENGUATKUASAAN & PENGUSIRAN.
Sebaik selesai peringkat PENDAFTARAN , Program ini akan masuk ke peringkat kedua iaitu PEMUTIHAN dan PENGAMPUNAN yamg mengambil tempoh tiga (3) bulan, sebelum disusuli PEMANTAUAN (Seminggu) dan selanjutnya PENGKUATKUASAAN serta PENGUSIRAN yang akan digerakkan menerusi operasi secara berterusan olehKERAJAAN MALAYSIA


SIAPAKAH YANG PERLU MENDAFTAR BAGI PROGRAM 6P INI?
Berikut adalah empat kategori warga asing yang perlu mendaftar/didaftarkan:

i. Semua warga asing yang telah masuk ke Malaysia tanpa izin dan kini tinggal serta bekerja di Negara ini secara tidak sah;
ii. Semua warga asing yang masih tinggal di Malaysia selepas pas atau permit kerjanya tamat tempoh atau dibatalkan;
iii. Semua warga asing yang telah menyalahgunakan permit masuk, pas atau dokumen perjalanan yang dipinda atau dipalsukan;
iv. Semua warga asing yang melanggar syarat pas atau permit seperti yang ditetapkan undang-undang Malaysia.

ADAKAH TANGGUNGAN PATI JUGA PERLU DIDAFTARKAN?
Jika tanggungan PATI bertaraf bukan warganegara, maka mereka juga perlu didaftarkan. Bagaimanapun, untuk proses selanjutnya, mereka perlu pulang dahulu ke negara asal bersama ibu atau ayah masing-masing sebelum masuk semula ke negara ini menggunakan Pas Lawatan Sosial untuk tujuan melawat bagi tempoh dibenarkan.
BAGAIMANA PULA DENGAN PELARIAN YANG MEMEGANG KAD UNHCR? ADAKAH MEREKA INI JUGA PERLU MENDAFTAR?
Ya. Mereka juga tertakluk kepada keperluan untuk mendaftar di bawah program 6P.


APA YANG AKAN DILAKUKAN KERAJAAN PADA SETIAP PERINGKAT TERSEBUT?
Secara asasnya, berikut adalah proses yang akan berlaku pada setiap peringkat:

PERINGKAT 1: PENDAFTARAN
Pada peringkat ini, proses pendaftaran akan dilaksanakan untuk tujuan mendaftarkan pebdatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia, dan menerusi kaedah ini, Kerajaan berpeluang mendapatkan maklumat majikan PATI, selain rekod peribadi serta data biometrik PATI yang merupakan elemen teras bagi rasional pelaksanaan program ini. Tindakan ini selari dengan inisiatif Kerajaan untuk mewujudkan pangkalan data komprehensif bagi setiap warga asing di Malaysia, sekali gus membolehkan proses pemantauan dilaksanakan secara lebih berkesan, termasuklah usaha membabitkan penyelesaian dalam menangani isu pemalsuan identiti serta dokumen yang selama ini mudah dipalsukan akibat tiada rekod biometrik.


FUNGSI & TANGGUNGJAWAB SYARIKAT PENGURUS
~ Membantu Jabatan Imegresen Malaysia JIM dalam menerima dan merekod maklumat PATI (Termasuk majikan) yang hadir berdaftar

~ Membantu JIM dalam mengumpul maklumat PATI untuk dihantar ke Bahagian penguatkuasa JIM ke Ibu Pejabat atau Negeri atau Cawangan.

~ Membantu dalam menyediakan laporan harian dan pendaftaran PATI.


PROSES KERJA PENDAFTARAN PEKERJA ASING & PATI


KATEGORI PATI YANG DIBENARKAN BERDAFTAR

1. Tiada Dokumen / Pas / permit.
2. Tinggal lebih masa
3. Cop pelekat palsu
4. Tanggungan PATI bertaraf bukan warganegara juga perlu didaftarkan
5. Pelarian yang memegang kad UNHCR

PROSES KERJA

1. PATI mengisi boring pendaftaran untuk memudahkan kemasukan data
2. Petugas memasukkan data maklumat PATI , majikan, mengambil biometric dan gambar PATI
3. Muatnaik / hantar data maklumat pendaftaran PATI kepada pelayan utama (main server) NERS




APAKAH MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN KETIKA PENDAFTARAN?
Berikut adalah senarai maklumat yang akan diambil ketika proses pendaftaran:
i. Nama;
ii. Gambar;
iii. Cap 10 jari tangan kanan dan kiri;
iv. Nombor passport/dokumen perjalanan;
v. Waeganegara;
vi. Jantina;
vii. Tarikh lahir;
viii. Maklumat majikan (nama, no. kad pengenalan, nombor telefon, alamat, e-mel, dan sektor pekerjaan);
ix. Pengesahan kebenaran maklumat oleh majikan; dan
x. Tujuan mendaftar – sama ada untuk bekerja (diputihkan), untuk pulang ke negara asal (diampun dan tidak dikenakan tindakan/hukuman); atau lain-lain tujuan.


PEMBAYARAN PROSES PENDAFTARAN

~ Caj perkhidmatan Pendaftaran RM35.00 /=
~ Kami juga mengalu-alukan lantikan wakil kepada syarikat


LOKASI PENDAFATARAN PEKERJA ASING & PATI

Talian untuk dihubungi 24 Jam :

AWANG NOH BIN AHMAD
013-9788438.



PERINGKAT 2: PEMUTIHAN
Pada peringkat ini, setiap PATI yang telah berdaftar menerusi program ini akan dikenal pasti jika wujud keperluan untuk mengekalkan mereka dalam sektor tertentu yang mempunyai penawaran kekosongan kerja membabitkan pekerja asing. Jika hasil pertimbangan mendapati PATI yang terbabit sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut, maka mereka akan diputihkan dan seterusnya dijadikan pekerja asing yang sah dengan senarai majikan yang berdaftar. Bagaimanapun, proses pemutihan ini hanya akan dipertimbangkan untuk sektor serta negara sumber yang tersenarai dalam dasar penggajian pekerja asing dan yang pernah diberikan kebenaran khas kerajaan termasuk sub-sektor yang sedang dibekukan. Pada masa yang sama, proses pemutihan ini juga akan mengambil kira kelayakan majikan berdasarkan keperluan semasa mengikut sektor dan sub-sektor yang akan ditentukan oleh kementerian/agensi kawal selia.

FUNGSI SYARIKAT PENGURUS PEKERJA ASING
~ Menerima dan mengemukakan dokumen permohonan pemutihan yang lengkap (Seperti dokumen wajib dan dokumen tambahan mengikut sektor) ke pusat kelulusan setempat KDN

~ Melaksanakan penjodohan pekerjaan di antara PATI yang berdaftar dengan majikan yang memerlukan pekerja. (Dibenarkan bekerja di dalam sektor (perkilangan, perkhidmatan, pertanian, pembinaan , perladangan)

PEMBAYARAN PROSES PENDAFTARAN
~ Caj perkhidmatan Pendaftaran Pemutihan RM300.00 /=
~ Kami juga mengalu-alukan lantikan wakil kepada syarikat

LOKASI PENDAFATARAN PEMUTIHAN
IBU PEJABAT SELANGOR

NO 32, JALAN TEMENGGONG 1/9 BANDAR MAHKOTA 43200 CHERAS SELANGOR
TEL: O13-9788439 603-9019 9954 FAX: 603-9019 9907


PERINGKAT 3: PENGAMPUNAN
Pada peringkat ini PATI yang tidak tersenarai untuk diputihkan, atau PATI yang secara sukarela memilih untuk pulang ke negara asal mereka masing-masing akan diampun dan dibenarkan pulang atas kos sendiri tanpa dikenakan sebarang bentuk tindakan. Bagaimanapun, pengampunan ini hanya terhad kepada PATI yang melakukan kesalahan imigresen sahaja.


PERINGKAT 4: PEMANTAUAN
Pada peringkat ini, naziran ke premis-premis majikan seluruh negara akan dilakukan untuk memberi nasihat kepada majikan, selain pada masa sama menerangkan implikasi tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melindungi pekerja berstatus PATI yang tidak berdaftar dengan Program 6P. Antara lain, majikan serta PATI yang berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Pindaan 2010) dan Akta Imigresen 1959/63 yang boleh membawa kepada hukuman denda sehingga RM1 juta.


PERINGKAT 5: PENGUATKUASAAN
Pada peringkat ini, operasi penguatkuasaan bersepadu akan dilaksanakan secara besar-besaran dan digerakkan dengan tujuan untuk mengesan serta menangkap PATI serta majikan yang dikenal pasti masih melakukan kesalahan imigresen.


PERINGKAT 6: PENGUSIRAN
Di peringkat terakhir ini, PATI yang telah ditangkap melalui operasi penguatkuasaan bersepadu akan dikenakan tindakan undang-undang sebelum diusir keluar dari Negara ini. Oleh kerana kos bagi proses pengusiran ini ditanggung menggunakan peruntukan Kerajaan, maka setiap PATI yang diusir akan turut sama disenaraihitamkan daripada kebenaran untuk masuk semula ke negara ini.

Tuesday, April 19, 2011
PEJAL has been appointed byKementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia (Ministry of Home Affairs) to recruit foreign workers from source countries recognized by the government based on demand by employers to work on a year basis in the manufacturing , construction, service agricultural and plantation sector.

PEJAL provides workers according to employers need and fulfill government conditions such as approval to engage foreign workers, payment of levy work
permit and security guarantee, workers compensation scheme, medical examination, accommodation and transport to work place. Therefore, employer wishing to hire foreign workers need to have to go through the formalities


PEJAL provides special scheme from request to hire any number of workers with accommodation and transport etc provide by the employer.



Source country :
Indonesia ,Nepal, Myanmar, Cambodia, Bangladesh, Vietnam, Pakistan, India, Philipines and Thailand